Iklan

Iklan

Gambar-gambar

Tuesday 4 September 2012

Manifesto Perak garap pengalaman 11 bulan memerintah



PAS Perak berkeyakinan rakyat Perak akan membuat perubahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, sokongan rakyat negeri itu terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini.

Malah katanya, rata-rata rakyat yang ditemui menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk mengundi demi mengembalikan semula pentadbiran kerajaan Perak kepada Pakatan Rakyat.

"Sokongan pengundi bukan Melayu nampaknya memihak kepada kita dan sekarang ini kita memberikan tumpuan yang khusus kepada pengundi Melayu dan juga mereka yang berada di atas pagar.

"Namun undi Melayu hanya melibatkan di kawasan pedalaman sahaja, manakala di kawasan lain mereka telah menunjukkan perubahan ketara," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, Pakatan Rakyat Perak akan memperkasakan manifesto 2008 dengan menerapkan pengalaman selama 11 bulan memerintah negeri itu sebelum ini.

"Kita mencari dasar khusus untuk kebaikan rakyat negeri ini.

"Setelah semua perkara diambil kira, satu manifesto khusus dapat kita hidangkan kepada seluruh rakyat dan pasti ia yang terbaik," sambungnya lagi.

Dalam pada itu beliau juga turut meletakkan keyakinan terhadap kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu memandangkan calon-calon yang diketengahkan kali ini 80 peratus adalah golongan muda.

"Kedudukan kerusi adalah status quo dan untuk kali ini kita tampilkan muka-muka baru serta dari golongan muda.

"Mengenai kedudukan kerusi dan calon kita telah hampir keperingkat kesempurnaan termasuk juga rakan-rakan di dalam Pakatan Rakat," kata beliau lagi.

Beliau pasti pilihanraya kali ini menjanjikan satu peluang terbaik kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil balik Perak kerana pengalaman yang dialami sebelum ini telah diperbaiki sepenuhnya. HARAKAHDAILY

Lebih 5 000 rakyat Perak hadir Himpunan Janji Bersih Perak



IPOH: Dianggarkan lebih 5000 hadir ke Himpunan Janji Bersih di Perak pada malam ambang merdeka.

Himpunan dengan tema warna kuning itu dihadiri berbilang kaum itu bermula dari Masjid Hospital Ipoh selepas Solat Isyak dan bergerak ke Dataran Ipoh.

Himpunan aman yang diadakan secara santai itu diketuai oleh Ketua Mobilasi PAS Perak, Abdul Rahim Nordin dan turut disertai lebih 50 NGO sertai parti politik.

Turut hadir dalam himpunan tersebut ialah Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien; Adun Pasir Pinji, Thomas Su; Adun Simpang Pulai, Chang Min Kai dan ramai lagi.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah bacaan puisi, alunan sajak, nyanyian lagu patriotik, dan ucapan daripada pimpinan parti politik dan NGO.

Ustaz Abu Bakar dalam ucapannya menegaskan, himpunan ini jelas menunjukkan ciri-ciri kesepakatan antara kaum yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

“Walaupun berlainan agama dan bangsa, rakyat boleh duduk bersama tanpa ada halangan dan inilah yang dicemburi Umno,” katanya.

Beliau juga menegaskan, rakyat haruslah mengetahui erti sebenar kemerdekaan Negara dan bukannya hanya menyambut dengan perbarisan, kibaran jalur gemilang mahupun percikan bunga api.

Sementara itu, Mohammad Nizar menegaskan, Malaysia belum lagi merdeka sepenuhnya jika Umno masih berkuasa di Negara ini.

“Rakyat akan merdeka sepenuhnya jika bebas daripada cengkaman Umno yang berkuasa lebih 55 tahun,” ujarnya.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, suasana hambar sambutan kemerdekaan kali ini menggambarkan rakyat menolak cara Umno mempolitikkan kemerdekaan.

Ujarnya, slogan Janji Ditepati yang dipilih oleh kerajaan ternyata tidak langsung kena mengena dengan semangat kemerdekaan dan oleh sebab itu rakyat tidak lagi bersemangat menyambut kemerdekaan.

“Ketika saya pulang daripada Mahkamah Tinggi Kuala lumpur ke Ipoh tadi (Khamis), hanya 2 bendera yang saya nampak di kereta dan ini sungguh menyedihkan.

“Penggunaan slogan Janji Ditepati ini sudah cukup untuk menggambarkan BN terutama Umno ketika ini terdesak untuk meraih sokongan daripada Rakyat,” jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Beliau juga menyatakan bahawa ulangtahun 55 tahun kemerdekaan dengan Slogan Janji Ditepati ini adalah sambutan terakhir BN sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Perutusan Hari Raya Eidilfitri Pesuruhjaya PAS Perak




Saya mewakili pimpinan PAS Negeri Perak mengucapkan "Selamat Hari Raya Eidilfitri " kepada seluruh umat Islam di Malaysia. 

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah SWT mengurniakan hadiah besar kepada umat Islam. 

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi orang-orang bertakwa kepada Allah SWT.

Saya mengharapkan agar objektif umat diwajibkan berpuasa iaitu "supaya meningkatkan takwa" akan tercapai . Apabila hati para mukmin yang diamanahkan sebagai raja dalam diri dapat ditarbiyah mengikut acuan Al Quran dan As Sunnah dalam Madrasah Ramadhan, yakinlah raja yang bersih ini akan dapat menundukkan seluruh rakyatnya iaitu akal, para anggota zahirnya dan emosinya ke arah matlamat yang sama iaitu bertakwa kepada Allah SWT.

Inilah kemenangan yang cemerlang bagi umat yang berpuasa dan layak untuk menyambut Hari Raya. Hasil kemenangan inilah akan menambah keperkasaan umat untuk terus bersatu bagi menegakkan keadilan, kesejahteraan dan kebajikan untuk seluruh manusia seperti yang dikehendaki oleh pencipta manusia.

Segala kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh golongan yang anti takwa akan musnah dan tertegaklah negara idaman mmanusia iaitu negara yang baik dan mendapat keampunan Allah SWT.

Akhir kalam, salam kemaafan dari kami saf kepimpinan PAS Negeri Perak atas sebarang kekurangan dan kesilapan kami sepanjang menerajui kepimpinan PAS Negeri Perak.


Salam Eidilftiri, Maaf Zahir dan Batin.
Ustaz Abu Bakar Hussian
(Pesuruhjaya PAS Perak )

Pesuruhjaya PAS Perak Rai Aidilfitri Bersama Anak Perantauan Parit Buntar




PARIT BUNTAR : Bersempena menyambut Aidilfitri tahun ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah menganjurkan Himpunan Aidilfitri Anak Perantau 21 Ogos lalu.

Program yang dijalankan sejak 10 tahun lalu ini bertujuan untuk mengumpul serta meraikan anak-anak perantauan yang pulang ke kampung halaman.

Himpunan yang telah diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Tusin, Titi Serong Parit Buntar itu telah berjaya mengumpul ratusan anak perantauan khususnya daripada ibu kota.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian yang juga bakal calon DUN Titi Serong.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh dan pimpinan PAS negeri dan kawasan.

Ustaz Abu Bakar dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini sangat baik untuk mengumpul anak-anak rantau yang komited untuk berbakti kepada PAS Perak.

Beliau berkata, PAS negeri sentiasa mengharapkan bantuan serta sokongan daripada anak perantaun.

“Walaupun di luar kawasan, anak perantauan haruslah bersama-sama membantu perjuangan PAS dengan apa cara sekali pun sama ada wang ringgit, tenaga mahupun idea,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru kepada anak-anak perantau agar pulang ke kampung halangan pada PRU13 yang akan datang.

“Anda semua kemungkinan menjadi penentu kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat bagi kita mendapat kembali mandat memerintah Perak dan menawan Putrajaya,” jelasnya.

Sementara itu, Salman Saleh mengharapkan pemuda-pemuda di perantau untuk berbakti kepada perjuangan PAS dalam suasana pilihanraya yang semakin hampir.

Menurutnya, pemuda adalah tulang belakang kepada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS dan sudah pasti sumbangan mereka amat diperlukan PAS dalam menggerakkan kerja dakwah dan pilihanraya.

Pesuruhjaya PAS Perak Raikan Anak Yatim



PARIT BUNTAR : Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian dan pimpinan PAS Parit Buntar telah meraikan anak yatim di majlis iftar perdana di sini.

Pengerusi Ehya Ramadhan Ahmad Azhar Sharin berkata, majlis ini dianjurkan oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar bagi meraikan anak-anak yatim, guru-guru PASTI dan murabitun.

" Lebih dari 700 orang telah hadir di dalam majlis tersebut yang turut disertai oleh oleh PAS kawasan yang berhampiran seperti kawasan Bagan Serai dan Larut.

" Sumbangan telah diberi kepada anak-anak yatim, petugas-petugas parti, guru-guru PASTI dan juga petugas media yang sering melaporkan aktiviti PAS kawasan atau Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar" katanya

Ahmad Azhar berkata, majlis ini merupakan acara kemuncak program Ehya Ramadhan PAS Parit Buntar bagi tahun 2012 ini.

" Dana ramadhan yang disumbangkankan oleh orang ramai pada tahun ini melebihi RM 90,000. Kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang sentiasa memberi sumbangan mereka pada setiap tahun.

" Derma tersebut digunakan untuk membantu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di hospital dalam parlimen Parit Buntar"katanya

Majlis ini turut dihadiri oeh  YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, YB Ustaz Husin Din ADUN Selinsing, YB Ustaz Ramli Tusin ADUN Semanggol, Hj Othman Maseri, Bendahari PAS Perak, AJK PAS Parit Buntar, AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dan Nisa Parit Buntar.

Tuesday 7 August 2012

Bekas Pengarah Peladang Perak sertai PAS

TELUK INTAN: PAS menerima seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan apabila bekas Pengarah Peladang Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai PAS dalam program sambutan Badar Kubra peringkat Negeri Perak baru-baru ini.

Pengisytiharan tersebut diadakan di majlis Ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Kg Bahagia, Teluk Intan.
Beliau telah menjawat jawatan dalam kerajaan lebih 30 tahun dan kerap ditukarkan tempat berkhidmat.

Anak jati Teluk Intan itu juga pernah menjadi Pengarah Peladang di Negeri Sembilan dan Pahang.
 
Menurutnya, kemasukannya ke dalam PAS adalah kesedaran diri dan merasakan sudah tidak lagi dalam ‘kongkongan’ kerajaan.

“Kami pegawai kerajaan seolah-olah bayi yang dibedong kerana tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti serta pergerakan kami sentiasa diawasi,” katanya dalam ucapan sulungnya di atas pentas PAS.

Katanya, ketika menjawat jawatan kerajaan, perkara serta masalah ketara yang dihadapi oleh pemimpin BN ialah membezakan kerajaan dan parti.
 
Ujarnya, mereka beranggapan kerajaan itu ialah BN dan ini menyebabkan pentadbiran kerajaan dikuasai oleh pemimpin mereka.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sempat memerintah 11 bulan dahulu dan merasakan kelainan serta kelebihan gabungan parti itu berbanding kerajaan BN.
 
“Sepanjang saya menjawat jawatan sebagai pengarah, belum pernah lagi solat berjemaah selepas perasmian Ekspo Peladang dan ini telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

“Saya merasakan kelainannya dan sangat gembira serta bersemangat apabila bekerja di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat,” jelasnya.
 
Katanya, hasrat kerajaan BN untuk ‘membirukan’ semua kakitangan kerajaan ternyata gagal apabila nama-nama besar telah memilih untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

“Mereka yang masuk PAS semuanya berpelajaran tinggi, mereka dapat menilai mana yang baik dan berintegriti dan sudah pasti BN bukan pilihannya,” ujarnya.
 
Beliau  turut menyatakan kesediaan untuk menerima undangan berceramah di seluruh negara bagi memenangkan Pakatan Rakyat.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," tegasnya.

HIMPUNAN HIJAU BADAR AL QUBRA: MOMENTUM BARU PAS PERAK

Himpunan Hijau ke 2 akan diadakan sempena Sambutan Badr Al Kubra PAS
Negeri Perak yang akan diadakan di Kg. Bahagia, Teluk Intan pada 05
Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan, jelas Dr Muhaimin Sulam, Pengarah
Program Himpunan Hijau Badar al Qubra yang juga merupakan Setausaha
Badan Perhubungan PAS Perak.

Beliau menyatakan tarikh tersebut dipilih sempena malam nuzul Quran
dan keesokannya pula tarikh berlakunya Perang Badar.

Timbalan Presiden PAS , Tuan Haji Mohamad Sabu juga akan
turun dalam program tersebut. Program ini lebih bersifat menyuntik
inspirasi dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS mencapai
kemenangan ke Putrajaya. PAS Perak menjangkakan ribuan orang
yang akan hadir ke program tersebut.

Pada program tersebut juga beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan akan
membuat penyerahan borang menyertai PAS di hadapan Timbalan Presdien PAS
dan orang ramai.

Program bermula dengan ibadah buka puasa bersama, diikuti solat fardhu
Maghrib, Isya' dan Solat Sunat Tarawih. 

Di sebelah malamnya ceramah Badar Kubra akan diadakan yang akan
menampilkan Dato' Seri Presiden PAS , Dato' Seri Ir Hj Mohamad Nizar
Jamaluddin dan Ustaz Abu Bakar Hussian selaku Pesuruhjaya PAS Perak.

Setiap tahun PAS Perak malahan PAS Pusat menganjurkan majlis
memperingati peristiwa Perang Badar al Qubra dengan tujuan mengambil
semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghadapi musuh Islam
yang kuantitinya lebih ramai. Pemilihan Teluk Intan sebagai tuan rumah
sambutan ini dijangka dapat memobilisasikan gerakan rakyat ke arah
perubahan menjelang PRU 13.

BN MAKIN TERDESAK, GUNA HARI KEBANGSAAN PULIH IMEJ : PJ PAS PERAK

IPOH, sambutan hari kebangsaan memang telah selalu digunakan oleh UMNO/ BN untuk menonjolkan imej mereka, jelas Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau menyatakan, slogan “Janji Ditepati” digunakan untuk PRU yang semakin hampir disamping itu langkah ini adalah “simbolik untuk mendekati” tiga kaum terbesar di mana BN memerlukan undi mereka menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya April tahun hadapan. 

Memetik ucapan beliau,

“ Najib sudah menjelajah seluruh negara di bawah program Jelajah Janji Ditepati yang dianjurkan oleh TV3, stesen swasta utama Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) yang kini jelas dibawah penguasaan parti Umno”

“Kononnya program jelajah bertujuan untuk mengingatkan pengundi bahawa pentadbirannya telah menunaikan janji mereka semenjak mengambil alih pentadbiran Negara pada April 2009. Najib memerlukan mandatnya sendiri oleh kerana beliau menggantikan Tun Abdullah Badawi setahun selepas PRU 2008”

“ Justeru bagi saya sambutan hari kebangsaan tidak seharusnya dieksploitasikan untuk tujuan politik”

“Cara BN memanipulasi hari kemerdekaan menunjukkan bahawa parti tersebut berada dalam keadaan sangat terdesak,” katanya sambil menambah kerajaan pusat kini “menggunakan apa sahaja peluang untuk menunjukkan kebaikan BN dan untuk memenangi undi.”

Saya sangat yakin bahawa pengundi tidak mudah 'digoda dengan kempen melalui jentera kerajaan yang dibuat oleh umno ini' oleh kerana terdapat kontradiksi di antara apa yang mereka dengar dan apa yang mereka lalui dalam kehidupan sebenar, tegas beliau.

HUTANG NEGARA SENTIASA MENINGKAT HARGA BARANG SEMAKIN NAIK: PJ PAS PERAK

Walaupun kerajaan Barisan Nasional menabur janji-janji politik dan pemberian bantuan “durian runtuh”  5 tahun sekali kepada rakyat namun ianya tidak banyak membantu rakyat bagi mengatasi bebanan kenaikan harga barang yang kian meruncing, jelas Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak.

Bahang kenaikan harga barang keperluan harian dilihat serius apabila rakyat bawahan sentiasa bercakap di kedai kopi dan mana-mana tempat sekaligus mula mempertikaikan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional  yang memerintah Malaysia sekarang.

Beliau menyatakan, kerajaan Barisan Nasional perlu sedia berundur dari tampuk pemerintahan negara, kerana situasi kini rakyat mula bercakap soal perlunya melakukan perubahan politik negara apatah lagi politik negeri Perak.

Memetik ucapan beliau,

“ Antara perkara yang serius berlaku dalam pengurusan kewangan negara atau negeri ialah masalah kedudukan hutang terkini Kerajaan BN dan juga perbelanjaan yang defisit, berlaku saban tahun”

“Dalam konteks ini, rakyat lebih mudah faham tentang hutang negara atau negeri yang diperintah Barisan Nasional semakin serius bilamana rakyat dapat membandingkan jumlah hutang kerajaan negeri semasa diperintah oleh BN dahulu yang kini negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat"

“Contohnya hutang kerajaan Kelantan sewaktu PAS mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990 ialah RM736 juta dan kini telah bejaya dilangsaikan dengan jadual pembayaran yang teratur hasil dari langkah berjimat cermat”

“Manakala Negeri Kedah pula terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh kerajaan BN sebanyak RM2 bilion sebelum 2008 dan kini sedang membayar hutang tersebut dengan tidak membuat hutang baru”

“Rakyat juga perlu difahamkan bahawa hutang kerajaan negeri yang dibuat oleh Kerajaan BN merupakan hutang atas nama projek yang sebenarnya projek yang dibuat untuk mengaut komisyen kroni-kroni pemimpin Umno/BN ”

Justeru, beban hutang kerajaan akhirnya perlu ditanggung oleh rakyat, kita yakin bahawa pelbagai cukai langsung atau tidak langsung pasti akan diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional jika mereka terus diberi mandat untuk memerintah kerajaan Malaysia selepas PRU-13 ini.

Meningkatnya angka hutang bermakna meningkatnya pula tekanan ke atas rakyat agar bekerja lebih keras serta berjimat sebanyak yang boleh. Sementara harga barang meningkat tentu sahaja kos hidup turut meningkat dan menghambat keselesaan serta ketenangan rakyat, jelas beliau.

AMBIL SEMANGAT RAKYAT TIMUR TENGAH UNTUK TUMBANGKAN UMNO/BN

Kebangkitan rakyat di Timur Tengah dalam melakar perubahan memberi kemenangan rakyat harus menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam melakar perubahan.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata, perubahan yang berlaku dalam dunia Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan rakyat hari ini.

Namun katanya, ia berlaku dalam mana pengorbanan rakyat menuntut suatu pilihan raya yang adil dan bersih.

" TerkiniPAS melalui Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menziarahi pemimpin-pemimpin baru dunia Arab dan ucap tahniah kepada pemimpin dan rakyat timur tengah”

"Ini melambangkan jika pilihan raya itu bebas dan adil rakyat akan membuat pilihan secara bebas, dan ianya membuka kepada perubahan yang sebenar," katanya.

Beliau menyatakan, perubahan di Timur Tengah itu akan memberikan lonjakan positif kepada Malaysia, dalam menentang sebuah kerajaan yang zalim, rasuah dan mengongkong rakyat.

"Kerajaan yang zalim, rasuah dan tidak terbuka tidak akan kekal selamanya, dan ini dibuktikan di Timur Tengah," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak boleh lagi menerima suatu sistem yang mengongkong, menindas dan menzalimi hak rakyat seperti yang berlaku di Timur Tengah.

Tidak mustahil, tekanan yang sama dirasai oleh rakyat Malaysia akan membawa kepada perubahan yang sama dalam pilihan raya umum akan datang, katanya

PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS PERAK SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin,Syiria, Myanmar dan di seluruh belahan bumi umat Islam di dunia ini.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Ustaz Abu Bakar Hussain

(Pesuruhjaya PAS Perak)

KITA GAGALKAN PROPAGANDA JAHAT UMNO MELALUI MEDIA BARU: PJ PAS PERAK

IPOH, kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat, ini kerana kita  berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan  televisyen selama ini, Jelas Ustaz Abu Bakar Hussian yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau menyatakan pada satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam  peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu, hal ini disebabkan Umno menggunakan seluruh media penerangan untuk menyerang PAS ketika itu.

Memetik ucapan beliau,

“ Contohnya hari ini bila berlaku kes amuk di Putrajaya  Umno buat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali” Kita tahu apa strategi jahat Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu kepada rakyat bahawa segala keganasan yang berlaku di Malaysia mesti ada kaitan dengan PAS.

“ Umno guna RTM  tiap-tiap malam untuk memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat”.

“Namun kini saya yakin rakyat tidak mudah ditipu oleh Umno lagi, meskipun Umno gunakan media televisyen dan radio untuk malksanakan propaganda jahatnya , tapi rakyat telah mendapat berita awal berkenaan pembohongan mereka di media baru”

“ Facebook, twitter, blog, website dan segala jenis media baru telah banyak menyedarkan rakyat tentang pembohongan yang sering dilakukan Umno”

“ InsyaAllah jika segala propaganda umno di media berjaya kita tangkis dari awal saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU – 13 ini”. Tegas beliau.

PAS Perak arah semua ahli sertai himpunan Oren


IPOH : PAS Perak secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini.


Arahan rasmi itu dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian dalam satu kenyataannya hari ini.


Beliau menyatakan bahawa program ini merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).

Memetik ucapan beliau,

"Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung,"

" Semua pimpinan dan ahli PAS Perak di semua peringkat  diarahkan hadir ke himpunan tersebut "

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang.

Semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut.

Pemimpin UMNO Yang Bersubahat Dengan PM Dianggap Pengkhianat Agama Islam



Seluruh pemimpin UMNO yang bersubahat dengan pendirian Perdana Menteri dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.

Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Demikian dinyatakan Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak, hari ini.

Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.

"Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu.  Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi.  300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau.

Justeru,Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.

Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut.

"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji.  Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang berada di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.

Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Monday 2 July 2012

1000 Jentera Pemuda PAS Parit Buntar Sedia Hadapi PRU 13


PARIT BUNTAR: Lebih 1000 Pemuda PAS dari seluruh Parlimen Parit Buntar berjaya dihimpunkan dalam Program Himpunan Ekspresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya yang diadakan di dataran Purnama disini baru-baru ini.

Perkara ini menjadi petanda bahawa anak muda bersedia membuat perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantikan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 akan datang.

Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak dalam program tersebut,

" Seluruh anak muda sanggup mengeluarkan wang poket sendiri untuk hadir ke program ini hanya semata-mata untuk memastikan kemenangan rakyat di Parit Buntar khususnya"

" Inilah semangat luar biasa anak-anak muda PAS, mereka ingin melakar sejarah baru politik negara yang telah dibuktikan oleh anak muda timur tengah khususnya di Mesir"

" Saya sangat yakin, dengan usaha kita yang kuat serta munajat yang berterusan kepada Allah, insyaAllah bukan sahaja Perak Pakatan Rakyat akan ambil alih bahkan kerajaan Malaysia juga akan di tadbir oleh Pakatan Rakyat selepas PRU- 13 ini"

Seluruh anak muda yang hadir terdiri dari anak-anak muda dari kawasan DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau, perhimpunan dimulakan dengan lagu negaraku dan lagu PAS sebelum diteruskan dengan ucapan motivasi daripada setiap pimpinan PAS.

Upacara selingan juga diadakan dengan persembahan tae kwan do dan pencak silat yang dianggotai oleh Jabatan Amal Parit Buntar.

Bacaan ikrar taat setia pilihan raya yang menjadi penutup acara yang berakhir sekitar jam 12 tengahari.

Umno Khianati Islam Agama Rasmi, Lebih Teruk Dari Penjajah - PAS Perak


IPOH: Kerajaan Umno tidak pernah memartabat Islam sebagai agama rasmi dalam setiap tindak tanduk mereka, malah pengkhinatan parti itu selama berpuluh tahun terhadap Islam disifatkan lebih teruk dari penjajah, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir.

Memetik ucapan beliau,

“Namakan apa sahaja yang tidak dilakukan, dan kita tidak akan lupa. Kekangan terhadap guru-guru agama sehingga ada yang jauh dipindahkan. Masjid-masjid ‘dikurung’ sehingga ilmu agama tidak dapat diajarkan.

“Sekolah Agama Rakyat (SAR) ‘dirosakkan’. Pandangan para mufti dan ulama diperlekeh”.

“Mahkamah syariah dijadikan sebagai mahkamah kelas kedua dan banyak lagi tragedi terhadap umat Islam adalah hasil dari kepincangan dan kerja tangan pemimpin Umno itu sendiri”

Beliau menyatakan lagi,

“Dalam masa yang sama, kita tidak pernah lihat mereka berusaha untuk memperkembangkan fahaman dan syiar Islam”

“Jika ada pun, ia hanyalah bersifat kosmetik, bahkan mereka memperkudakan institusi dan agensi agama Islam semata-mata kepentingan politik mereka,”.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menyelar Umno kerana secara tidak beretika, cuba mencetuskan pertelagahan antara kaum dan agama di negara ini.

Umno juga, sengaja memperkuda media seperti Utusan bagi membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu- Islam terhadap penganut agama lain.
“Dalam hal ini, jelas mereka memperalat media secara rakus. Apakah mereka tidak sedar implikasi terhadap keharmonian perhubungan kaum di negara ini”

“Tidak lain, tindakan ini adalah percubaan Umno untuk meleraikan hubungan yang terjalin antara komponen parti Pakatan Rakyat”.

“Mereka cuba membolot sokongan orang Melayu dan Islam dengan cara melempar fitnah, gara-gara keretakan dalam komponen Barisan Nasional itu sendiri”

“Apakah dengan cara begini, mereka layak untuk memimpin umat Islam? soalnya lagi.

Monday 25 June 2012

PAS Perak Jadikan Kemenangan Morsi Sebagai Inspirasi Kemenangan PR di Perak


IPOH 25 Jun, Kemenangan Morsi di Mesir yang diistiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang besar bagi perjuangan Islam dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah SWT.

Demikian kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian, ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Dr Mohammad Morsi diistiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihanraya Presiden negara itu.

Dr Mohammad Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Memetik ucapan beliau,

"Moga kemenangan ikhwan muslimin di mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat"

" PAS sentiasa yakin bahawa pertolongan Allah akan tiba, dan kerana itu PAS Perak khususnya sentiasa berusaha untuk meraih kemenangan bagi menyebarluaskan agama Islam di Negeri ini, kerana Islam adalah agama yang membawa rahmat buat seluruh manusia"

Wednesday 20 June 2012

PAS Perak Jalin Kerjasama Baik Dengan Polis Perak

IPOH, 20 Jun, PAS Perak telah mengadakan satu sesi lawatan kunjung mesra ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak untuk bertemu Ketua Polis Perak Dato' Mohd Shukri bin Dahlan . Menurut Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, beliau mewakili PAS Perak sangat menghargai kerjasama baik yang diberikan oleh Ketua Polis Perak khususnya kerana dapat bertukar idea bagi menyelesaikan banyak perkara berhubung isu-isu semasa di negeri Perak ini.

Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak,

“Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pimpinan PAS Perak dengan pucuk pimpinan polis kontijen Perak, ini menunjukkan PAS Perak sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua pihak bagi memastikan hubungan silaturrahim sesama insan terpelihara dengan baik”.

“ PAS Perak sentiasa mengharapkan agar pihak polis menjalankan amanah mereka dengan adil dan saksama terhadap rakyat tanpa membezakan latarbelakang politik yang berbeza dikalangan rakyat”

“Kami juga sempat membawa isu-isu penting untuk dibincangkan antaranya, isu berkenaan program-program yang dianjurkan oleh PAS di negeri ini sentiasa diganggu oleh UMNO, perbincangan mengenai kerjasama antara PAS dan pihak polis untuk bersama membenteras jenayah di negeri ini dan beberapa isu semasa yang lain”

Memetik ucapan Ketua Polis Perak

“Saya sangat menghargai kerjasama yang diberikan pimpinan PAS Perak, insyaAllah pihak polis akan memberikan kerjasama yang baik atas segala pandangan dan idea yang diberikan pimpinan PAS Perak”

Kesimpulan daripada pertemuan ini akhirnya mencetuskan beberapa resolusi penting antaranya ialah PAS sebagai sebuah parti yang terbuka untuk semua dan bersedia memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan keamanan dan keadilan untuk rakyat dapat dicapai.

Rombongan tersebut di ketuai oleh Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Perak, turut hadir bersama ialah, Ustaz Misbahul Munir ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ), Haji Razman Zakaria ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ), Ustaz Zawawi Hassan ( Ketua Pemuda PAS Perak ), Dr Najihah Ahmad ( Ketua Muslimat PAS Perak ), dan beberepa pimpinan tertinggi yang lain.

perak.pas.org.my











Monday 18 June 2012

Presiden PAS : Haji dan Politik


Oleh :

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Saya tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihan raya secara sepintas lalu menjadi polemik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan di antara wajib mudoyyak dan wajib muwassa' yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain.

Apabila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media Umno yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana Umno tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Tuan Haji Subky Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Media jurubicara Umno mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada di kalangan tokoh agama termasuk berjawatan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama Umno. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.

PAS tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam, walaupun politik tidak termasuk dalam rukun Islam seperti ibadah haji dan tidak termasuk rukun iman. Begitulah juga wajibnya menutup aurat dan menjelaskan hutang sesama manusia, perkara ini tetap wajib ditunaikan serta-merta, walaupun tidak dimasukkan secara sebutan dalam rukun Islam. Para ulama menegaskan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut dalam rukun itu, tetap termasuk dalam rukun pertama dua kalimah syahadah dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana rukun iman.

Dalam perkara wajib, para ulama usul fiqh bukan sahaja membahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Perkara wajib juga dibahagikan dari segi kesesuaian kadar waktu menunaikannya, sama ada wajib disegerakan, tidak boleh ditangguh, yang dinamakan wajib mudoyyaq seperti puasa Ramadhan dan sembahyang di akhir waktu. Ada juga wajib yang boleh ditangguh kerana luas waktunya dan tidak berdosa menangguhkannya seperti haji dan sembahyang wajib yang lama masanya di awal waktu. Perkara ini dinamakan wajib muwassa'.

Apabila bertembung dua perkara yang sama wajibnya, maka didahulukan kepada menunaikan wajib mudoyyaq seperti wanita kematian suami yang wajib menunaikan idah berada di rumah dalam masa beberapa bulan yang ditetapkan oleh Al Quran, dalam masa yang sama dia berharta dan mampu menunaikan haji kali pertama yang wajib dan menjadi rukun Islam. Hukumnya hendaklah menunaikan idahnya terlebih dahulu, wajib berada di rumah kerana wajibnya mudoyyaq dan menangguhkan haji kerana wajibnya muwassa'. Walaupun perkara idah tidak termasuk dalam rukun Islam. Begitu juga dengan seseorang yang cukup duitnya menunaikan haji, dalam masa yang sama dia berhutang dan diminta membayar segera, maka hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu atau keluarga wajib diberi nafkah, maka tunaikan nafkah dengan cukup terlebih diutamakan walaupun perkara-perkara tersebut tidak termasuk dalam rukun Islam.

Rasulullah SAW menangguhkan ibadat hajinya walaupun diwajibkan lebih awal, ada kalangan ulama yang menyatakan sejak zaman Nabi Adam. Ada yang menyatakan sejak zaman Nabi Ibrahim dan ada yang menyatakan di tahun ketujuh hijrah. Rasulullah SAW membebaskan Makkah (Fathul Makkah) daripada Jahiliyyah terlebih dahulu daripada menunaikan haji dan menghadapi qabilah Hawazin dalam peperangan Hunain. Walaupun banyak harta dan bekalan berada dalam tangan melimpah ruah dan sudah masuk bulan Syawal (bulan haji), namun terus pulang ke Madinah tanpa menunaikan haji.

Rasulullah SAW menugaskan sahabatnya Abu Bakar R.A supaya memimpin umat Islam menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah. Adapun Rasulullah SAW menangguhkan haji sehingga tahun kesepuluh hijrah, sebelum sedikit kewafatan baginda. Para ulama menegaskan bahawa wajib haji adalah muwassa', boleh ditangguh dan Rasulullah SAW mendahulukan urusan politik negaranya dengan menerima rombongan yang datang menyerah diri masuk Islam atau sedia berdamai.

Dalam peristiwa Hudaibiyah pula, Rasulullah dan para sahabat telah memakai pakaian ihram bagi menunaikan umrah. Tiba-tiba dihalang memasuki Makkah dan berakhir dengan perjanjian Hudaibiyah yang salah satu syaratnya menangguhkan umrah. Maka ditangguhkan umrah dan dibayar dam(denda) tanpa menunaikan umrah pada tahun tersebut. Umrah ditangguh kerana perjanjian Hudaibiyah memberi kemenangan politik yang tidak boleh ditangguhkan.

Kepada PAS, pilihanraya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, walaupun pilihanraya itu dikatakan asalnya dari Barat. Passport dan visa haji juga berasal daripada Barat, kedua-duanya tidak termasuk dalam syarat dan rukun haji. Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak, kecuali mazhab yang sesat. Al Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti. Amaran ini berulang kali lebih banyak daripada ayat haji dan umrah.

PAS tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan. Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf juga menegaskan, "agama adalah asas, kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas runtuh, kalau tidak ada pengawas, hilang tercicir". Maka banyak hukum-hakam Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan. Almarhum Syed Alawi Al Haddad, Mufti Kerajaan Johor ditahun 50-an menyatakan dalam fatwanya yang diterbitkan berkenaan kewajipan pilihanraya dan parti mana yang wajib dipilih. Kepada imam-iman yang masih kuat menyokong Umno di Johor, sila cari buku fatwa ini.

PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah, kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam. Rasulullah SAW menegaskan bahawa menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.

Akhirnya percayalah bahawa diam lebih baik daripada bercakap kejahilan, kerana bercakap dalam perkara yang tidak diketahui mendedahkan kebodohan diri sendiri. Beginilah jadinya apabila lesen memandu dijual, boleh membawa kemalangan. Kalau tauliah ilmu juga boleh dijual beli dengan harta dan pangkat, boleh menyesatkan orang ramai. Namun cahaya ilmu Islam pasti bersuluh dan dipelihara Allah. Sesuapa yang mengkhianati ilmu Islam pasti tersungkur akhirnya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Ulamak Anggap Politik Perkara Duniawi Dibidas

Kuala Lumpur : Kenyataan pihak-pihak tertentu bahawa isu politik merupakan perkara duniawi adalah kenyataan tidak berasas dan tidak berpandukan syarak.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh menegaskan, kenyataan itu juga lebih kepada menjaga kepentingan pihak tertentu dan tidak menggambarkan kenyataan berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.



Beliau menjelaskan, ibadat haji adalah salah satu kefarduan dalam Islam sebagaimana perjuangan Islam yang juga merupakan suatu kefarduan.

Kedua-dua ini, merupakan perkara amat besar yang dilihat daripada ayat al-Quran, ayat yang menyentuh perjuangan Islam yang mencakupi sebahagian besar al-Quran.

"Isu perjuangan Islam dan isu untuk menegakkan sebuah negara Islam serta melaksanakan perlembagaan Islam dalam negara merupakan isu pokok dan isu dasar dalam Islam"

Jelasnya, kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man disokong Dewan Ulamak PAS Pusat kerana apa yang ditegaskan PAS adalah penangguhan ibadat Haji kerana berhadapan dengan pilihanraya dan bukan membatalkannya.

"Dalam isu ini, PAS minta dua keadaan iaitu Perdana Menteri mengistiharkan Pilihanraya tidak dibuat dalam tempoh musim haji. Itu adalah cara yang terbaik"

"Selain itu, jika Perdana Menteri tidak boleh mengistiharkan pilihanraya,PAS minta penyokong PAS supaya menangguhkan ibadat haji daripada tahun ini kepada tahun hadapan.

"Apabila kita menangguhkannya kepada tahun hadapan, kita akan memperolehi dua perkara iaitu kita boleh menyempurnakan hak memilih pemimpin dan pada tahun hadapan kita boleh menunaikan ibadat haji,"katanya.

Ustaz Nik Zawawi menjelaskan, jika seseorang menunaikan ibadat haji dengan meninggalkan urusan perjuangan Islam, ia tidak bertepatan dengan kehendak syarak dan dengan feqh awlawiyyat itu sendiri.

Dipetik dari Harakah

Tahniah Buat Rakyat Perak Yang Menjayakan Himpunan Hijau 16 Jun


Bagan Serai: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Perak yang diadakan berjaya telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Ianya memperlihatkan rekod kehadiran ahli dan penyokong PAS cukup memberansangkan bermula seawal program sehingga kemuncak pada ceramah sebelah malamnya.

Program bermula dengan himpunan 10 ribu pesawah pada paginya yang turut dihadiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kemudian disambung dengan konvoi motosikal 3000 anak muda sempena himpunan hijau ini sebelum disambung sebelah petangnya dengan program x-pressi anak muda yang dikendalikan Dewan Pemuda PAS Perak.

Kemuncak program pada malamnya iaitu program munajat dan ceramah oleh pimpinan PAS khususnya mendengar amanat Pesuruhjaya PAS Perak dan Mursyidul Am PAS yang menyaksikan lebih 20 000 orang yang hadir.

Di samping itu penyerahan borang keahlian PAS dari beberapa individu yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan juga turut diadakan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata, sasaran kehadiran ahli dan penyokong PAS semalam sangat memberangsangkan.

Sambutan malam tadi ujarnya sesuatu perkembangan yang sangat positif buat politik negeri Perak apatah lagi rata-rata mereka yang hadir adalah golongan muda.

"Masyarakat pelbagai kaum juga cukup selesa dengan program kita sekarang. Ia mengambarkan PAS diterima oleh semua kaum", ujar beliau lagi.

Wednesday 13 June 2012

Himpunan Hijau 16 Jun Di Bagan Serai : Wawancara Bersama Pesuruhjaya PAS Perak



Wawancara Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak bersama Ustaz Abu Bakar Hussian (Pesuruhjaya PAS Perak)

Wartawan : Assalamualaikum Ustaz

Ustaz Abu Bakar : Waalaikumsalam WarahmatuLlahi Wabarakatuh

Wartawan : Berikutan Himpunan Hijau yang akan diadakan di Masjid Tinggi Bagan Serai pada 16 Jun yang jatuh pada hari sabtu ini, bolehkah ustaz ceritakan sedikit sebanyak berkenaan objektif pelaksanaannya?

Ustaz Abu Bakar : Himpunan Hijau yang diadakan 16 Jun ini cuba membawa satu persepsi kepada masyarakat umum tentang kesempurnaan Islam yang dibawa oleh PAS, dan memberi kefahaman yang jelas tentang matlamat sebenar mengapa PAS dan Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk ke Putrajaya selepas PRU 13 ini.

Wartawan : Bolehkah Ustaz huraikan serba sedikit berkenaan matlamat ke Putrajaya dan kesempurnaan Islam yang cuba diterapkan oleh PAS

Ustaz Abu Bakar : Perkara pertama yang perlu kita ketahui, dasar perjuangan PAS adalah Islam dan PAS akan memelihara keadilan sejagat seluruh bangsa dan kaum yang ada di Malaysia. Selain itu, PAS berusaha sedaya upaya untuk memahamkan semua lapisan masyarakat tentang kesempurnaan Islam, yang merangkumi sistem pendidikan, ketenteraan, politik,ekonomi, hiburan, cara pakaian, adat, tatasusila dan banyak lagi. Dakwah yang dipersembahkan oleh PAS berbentuk mesra terhadap semua lapisan, termasuk golongan muda, kakitangan kerajaan, atlit sukan, artis hiburan, pakar akademik dan banyak lagi, termasuk golongan non-muslim bagi memahami erti sebenar kehidupan yang disusun oleh Allah yang menciptakan semua makhluk.

Manakala objektif menuju ke putrajaya adalah satu hala tuju bagi mendapatkan pemerintahan Malaysia, untuk memastikan pemerintahan Malaysia berteraskan Islam yang sebenar. Kita melihat selama 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional, kerajaan Barisan Nasional telah merosakkan kefahaman Islam di dalam minda masyarakat dengan begitu teruk. Antaranya memisahkan politik daripada Islam, sedangkan Islam itu melengkapi semua elemen termasuk politik. Apabila politik dipisahkan daripada Islam, maka kita akan lihat kecelaruan pemerintahan Barisan Nasional sepertimana yang berlaku pada hari ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini kita mendapati sambutan daripada pelbagai lapis masyarakat yang sudah pun mengenali Islam, hasil daripada usaha yang PAS lakukan selama ini, dan bantuan daripada Allah SWT sendiri.

Wartawan : Apakah aktiviti yang diadakan di sepanjang Himpunan Hijau di Bagan Serai ini?

Ustaz Abu Bakar : Antara aktiviti yang menarik ialah konvoi motosikal dan kereta anak muda bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, persembahan artis terkenal tanah air, pidato anak muda, ikrar rakyat memenagkan PAS dalam PRU-13 ini serta amanat dari Mursyidul Am PAS.

Wartawan : Boleh Ustaz maklumkan apakah program kemuncak dalam himpunan ini?

Ustaz Abu Bakar: Untuk makluman semua, program kemuncak dalam himpunan ini ialah kita akan umumkan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan dan aktivis tegar UMNO menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz ( Mursyidul Am PAS ).

Wartawan : Baik, terima kasih Ustaz atas kesudian untuk ditemubual. Assalamualaikum.

Ustaz Abu Bakar : Waalaikumsalam warahmatuLlahi wabarakatuh.

Tuesday 12 June 2012

Orang Melayu Bersatu Tolak Rasuah Pemimpin UMNO


IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyeru agar masyarakat Melayu bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah yang ada dalam parti UMNO.

Beliau menyatakan, UMNO telah menakut-nakutkan masyarakat Melayu sehingga masyarakat Melayu terus menyokong perasuah dan perompak rakyat dari parti UMNO kerana sekiranya tidak, maka Cina akan mengambil-alih kuasa.

Memetik ucapan beliau,

“ UMNO telah memperbodohkan masyarakat Melayu sehingga mereka tidak sedar bahawa pada hakikatnya bila UMNO kalah yang menang bukan DAP tetapi PAS atau calon Melayu dari PKR, kerana kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi UMNO lawannya ialah calon PAS dan PKR yang berbangsa melayu ”

“ Dalam suasana kejahilan, ketakutan ini, UMNO meraih kemenangan demi kemenangan dengan sokongan Melayu. Oleh itu, UMNO ingin suasana sebegini terus kekal di kalangan masyarakat Melayu, supaya mereka akan terus berkuasa”

“ Pada hakikatnya, UMNO mahu menutup kelemahan dan kegagalan mereka dengan melaungkan kembali laungan zaman jahiliyyah, rasuahnya mereka, tidak cekapnya mereka, menyelewengnya mereka, semua ini ingin mereka tutupi dengan laungan jahiliyyah perkauman”

Justeru PAS akan berusaha sehabis mungkin untuk membebaskan masyarakat Melayu yang beragama Islam dari jerat kejahilan, ketakutan yang dipasang oleh UMNO ke atas mereka.

Semoga kita dibebaskan dari belenggu UMNO dan masyarakat Melayu juga akan turut bersatu menolak calon dari UMNO dan BN yang merupakan lambang pemerintahan rasuah dan penyelewengan.

16 Jun : Semua Dijemput Hadir, Membanjiri Negeri Perak

Seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Perak dialu-alukan untuk bersama ke Perhimpunan Hijau di Bagan Serai, Perak, pada 16 Jun ini. Bersama-sama kita meriahkan, dan memohon keberkatan Allah. Insya Allah.

Sunday 10 June 2012

Akhbar Umno Bebas, Nizar Jadi Kambing Hitam?

IPOH: Pemuda Umno dan media Umno perlu jangan pilih kasih dalam isu WWW 1 kerana pihak yang paling awal mempermainkan isu ini adalah akhbar milik Umno iaitu Kosmo.

(Himpunan di perkarangan Istana Pasir Pelangi, Johor)

Ini kerana, akhbar Umno itu sudah memulakan kempen isu plat www 1 ini sejak 8 April 2012 lagi melalui laporannya di bawah ini.



Pada 25 Mei, sekali lagi berita ini di sensasikan dengan laporan muka depannya melalui berita di bawah.


Pada 28 Mei sekali lagi Kosmo memainkan isu ini bahkan cara serangan yang dibuatnya sama sahaja dengan apa yang di tweet oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin melalui kartun yang disiarkannya.

Berikut adalah kartun yang disiarkan Kosmo dan Tweet yang dibuat oleh Nizar.


Apabila media menyiarkan plat WWW 1 ini diletakkan di kereta Satria Neo sekali lagi Kosmo mempermainkan isu ini sebagaimana kartun di bawah.

Nizar juga membuat satu tweet berkaitan dengannya.


Persoalannya adalah kenapa demo yang dibuat Pemuda Umno semalam semacam ditujukan kepada Nizar sahaja tetapi tidak kepada pengarang akhbar mereka sendiri, Kosmo?

Ramai percaya, Nizar hanya dijadikan kambing hitam oleh seteru politik dalaman Umno untuk menyekat tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang mahu menyerang pihak tertentu di Johor.

Ini kerana pilihan raya semakin hampir dan usaha dibuat untuk merenggankan hubungan Menteri Besar Johor yang ada dengan pihak Istana.

Usaha ini tentu dibuat oleh pihak yang berkepentingan.

Nizar hanya salah seorang pemimpin PAS sahaja dan telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini, kenyataan Nizar hanya pandangan peribadi beliau sahaja dan tidak membayangkan pandangan PAS.

Kosmo adalah akhbar Umno, adakah ia pandangan peribadi pengarang akhbar ini atau pandangan kumpulan tertentu dalam Umno yang sedang berebut sekarang.

Harakahdaily

Dewan Muslimat PAS Pusat

Dewan Ulamak PAS Pusat

Dewan Pemuda Pas Pusat

 
Ustaz Abu Bakar Hussain. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.