Iklan

Iklan

Gambar-gambar

Monday 20 May 2013

Azam Adun Titi Serong bela kebajikan rakyat

PARIT BUNTAR, 14 Mei : Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussien berazam akan menerapkan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatannya di Dun itu.

Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, beliau akan berkhidmat dengan adil tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti politik.

Jelas beliau, kebajikan rakyat akan dibela sedaya mungkin bagi memastikan tiada seorang pun yang terpinggir di Dun Titi Serong.

"Saya juga turut berazam untuk menerap sifat cintakan ilmu kebajikan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda di sana,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar menjelaskan, beliau juga akan memfokuskan kepada pembangunan sosial, modal insan dan keharmonian sepanjang perkhidmatannya.


Kata beliau, rakyat sangat dahagakan pentadbiran berteraskan Islam sebenar yang sebelum ini Umno gagal untuk berbuat sedemikian.

“Berkhidmat kepada masyarakat bukan hanya untuk bantuan kemudahan sahaja tetapi penerapan aspek rohati dan nilai Islam kepada masyarakat juga perlu dititikberatkan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau bernjanji akan memperjuangkan masalah-masalah rakyat dalam Sidang Dun 
Perak kelak antaranya pembinaan Hospital Daerah Kerian yang sehingga hari ini gagal dilaksanakan.

Kata beliau, janji tersebut menjadi satu ‘gula-gula’ kepada rakyat setempat disitu dan ditambah lagi dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji untuk menambah 150 katil lagi di hospital itu dalam aku janji tambahan BN.

Sedangkan kata beliau, hospital tersebut masih gagal disiapkan walaupun BN sudah berjanji sekian lama.

“Najib berjanji untuk menambah bilangan katil sedangkan dalam masa yang sama hospital tersebut masih belum siap.

“Saya berazam untuk membangkitkan isu ini sehingga ianya dapat diselesaikan demi memberi kemudahan kepada rakyat di Dun Titi Serong dan sekitarnya,” jelasnya lagi.
 

Ahli Parlimen, Adun turun temui rakyat ucap terima kasih


PARIT BUNTAR , 13 Mei :Tidak menunggu masa yang lama selepas diumumkan sebagai wakil rakyat yang sah, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin turun bertemu peniaga dan orang ramai di pasar awam Parit Buntar bagi mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang mengundi pada hari pengundian 5 Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong yang baru, Ust. Abu Bakar Husin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap para pengundi semua kaum kerana telah memberikan kepercayaan kepada beliau mewakili mereka.

"Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan pengundi-pengundi Dun Titi Serong yang mengundi saya dan kepada semua yang tidak mengundi saya mengharapkan mereka menerima saya sebagai Wakil Rakyat mereka bagi membawa suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Perak".
"Mari sama-sama kita rapatkan saf kita dan bekerjasama bagi menyelesaikan apa juga masalah rakyat dalam Dun Titi Serong tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama" Katanya

Ust. Abu Bakar  berkata beliau sedia berkhidmat untuk rakyat bagi menyuarakan masalah rakyat serta menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri dalam apa juga perkara.

"Saya akan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat, kebajikan rakyat semua rakyat, orang Melayu, orang Cina, orang India dan sesiapa juga.

"Saya juga berazam menerap sifat cintakan ilmu kebajikan dalam kalangan rakyat di samping memberi fokus kepada pembangunan sosial, modal insan dan keharmonian sepanjang perkhidmatan saya di sini," tambah beliau.
Sementara itu, Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa yang mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar  turut berterima kasih kepada pengundi dan berazam untuk meneruskan khidmat dengan cemerlang kepada penduduk di Parit Buntar.

"Walaupun kita tidak diberikan peruntukan khusus oleh kerajaan tetapi itu semua bukannya halangan kepada kita untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Saya yakin penduduk di sini telah menilai pencapaian kita selama lima tahun yang lepas dan mereka terus memberi kepercayaan kepada kita untuk mewakili mereka," sambung beliau lagi.

Blackout 505 : Ribuan rakyat Perak berhimpun di Ipoh

IPOH, 13 Mei : Rakyat perlu bangkit daripada terus ditipu!, kata Ketua Umum KeAdilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Black 505 peringkat negeri Perak yang berlangsung di Perkarangan Pejabat Parti KeAdilan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh, 12 Mei lalu.

Tegasnya, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.

Menurutnya, kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.

“Kami sudah biasa ditipu dalam pilihanraya namun pada kali ini (PRU13) penipuan berlaku dengan sangat dahsyat sekali dan rakyat perlu bangkit menuntuk hak pilihanraya yang adil,” katanya dihadapan ribuan hadirin 
Jelas Anwar, protes sedemikian bukan bermakna Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan tetapi rakyat tidak sangup terus ditipu oleh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kami bukan tidak mahu terima kekalahan tetapi rakyat tidak mahu terus tertipu, jika tidak bangkit penipuan akan terus berlaku dan mereka akan terus kekal berkuasa.

“Jika tiada penipuan, negeri ini (Perak) sudah pasti akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sebelum itu, pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan negeri turut berucap sambil menunggu kehadiran Anwar.

Kira-kira 50,000 rakyat pelbagai bangsa dan kaum di seluruh negeri Perak hadir di Himpunan Blackout 505 semalam menyebabkan Bandaraya Ipoh penuh sesak.

Perak adalah destinasi ke tiga setelah berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor dan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Suasana berlangsung dengan penuh  suasana cukup meriah dengan laungan ‘hidup rakyat’, ‘SPR Tipu’ dan sebagainya disamping bunyi tiupan vuvuzela. 



 

PAS Parit Buntar ucap terima kasih kepada pengundi semua kaum


PARIT BUNTAR, 11 Mei :PAS Parit Buntar memanjatkan rasa syukur  ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini.
Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim berkata, kejayaan ini disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri serta berikrar akan meneruskan khidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa di Parit Buntar
" Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami terhadap para pengundi semua kaum kerana telah memberikan kepercayaan kepada PAS di Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar.
" Kemenangan PAS Parit Buntar menambah majoriti di Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar bukan hanya disebabkan undi dari kaum Tionghua tetapi undi dari semua kaum. Malah, majoriti pengundi Melayu masih memihak kepada PAS di Parit Buntar. "katanya yang ditemui semasa majlis jamuan kesyukuran sempena kejayaan PAS Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong.
Tuan Haji Harun juga merakamkan penghargaan jentera pilihanraya PAS Parit Buntar di semua peringkat yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan pengundi terus diberi kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin serta pimpinan PAS Parit Buntar hadir meraikan tetamu yang terdiri rakyat semua kaum di majlis berkenaan. 
Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman kesal dengan sikap UMNO yang terus membangkitkan isu perkauman dengan mendakwa kononnya wujud tsunami Cina sedangkan sebenarnya ia adalah tsunami rakyat Malaysia daripada semua tiga kaum terbesar di Malaysia.
"  Walaupun terdapat pertambahan signifikan pengundi Cina, terdapat juga pertambahan daripada pengundi Melayu bagi ketiga-tiga kerusi di Parit Buntar.
" Undi Melayu yang diterima oleh calon PAS dan PKR bagi kerusi Parlimen Parit Buntar, Dun Titi Serong dan Kuala Kurau melebihi undi yang diterima calon BN. Malah, sebahagian besar Pusat Mengundi majoriti Melayu dimenangi oleh PAS dan PKR" katanya
Tambahnya,fakta menunjukkan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat menang di Parit Buntar lantaran meningkatnya sokongan daripada ketiga-tiga komuniti kaum.
" PAS meningkat majoriti kemenangan dari 7551 kepada 8476 bagi kerusi Parlimen Parit Buntar dan meningkatkan majoriti dari 1149 kepada 1794  bagi kerusi Dun Titi Serong
" PKR pula meningkat majoriti lebih besar dari 467 kepada 5014 bagi kerusi Dun Kuala Kurau. Kenaikan majoriti ini kerana sokongan pengundi yang lebih besar bagi semua kaum di Parit Buntar" katanya

 
Ahli Parlimen sedang berucap meraikan tetamu
 
 
Ucapan Adun Titi Serong yang baru
 
 
Orang ramai yang hadir
 
 
 
 
 



BN menang PRU-13 dengan cara kotor - TPJ Perak


IPOH, 9 Mei : Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyifatkan, kemenangan yang diperoleh oleh BN adalah dengan cara tidak sihat.
Menurutnya, BN khususnya Umno mengamalkan politik yang sangat jijik dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“PRU13 ini adalah pilihanraya paling kotor dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan ini sangat dikesali.

“Kita  kalah dengan cara fitnah, tohmah, rasuah, salah guna kuasa dan taktik kotor,” katanya.
Jelas beliau, rakyat disajikan dengan unsur rasuah termasuklah pemberian pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysua (BR1M) di saat hampir pilihanraya.

Pemberian disaat pilihanraya itu ternyata memberi kesan terutama golongan masyarakat kurang berkemampuan yang bergantung harap kepada kerajaan.

“BN terus mendidik rakyat untuk terus bergantung harap kepada kerajaan dan mendakwa hanya BN yang mampu membantu masyarakat,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan,BN juga telah menyebar pelbagai fitnah yang tidak bertanggungjawab khususnya berunsur perkauman dan sentimen agama.

Misbahul berkata, fitnah berkenaan kerjasama PAS dengan DAP sangat memberi kesan kepada masyarakat yang takut melakukan perubahan setelah dimomokkan dengan pelbagai persepsi dan andaian.

Rakyat katanya takut untuk mengundi Pakatan Rakyat apabila sentimen perkauman diwujudkan dengan mengatakan jika Pakatan Rakyat memerintah, kuasa melayu akan habis dan Cina akan berkuasa.

“Momokan seperti ini telah menyebabkan rakyat takut untuk membuat perubahan walaupun pada mulanya berhasrat berbuat demikian bagi mengubah tampuk pemerintahan.

“Taktik buruk sedemikian sangat memberi kesan apabila BN menggunakan pelbagai ruang yang ada termasuklah di media massa untuk mempengaruhi masyarakat,” katanya lagi.

PR Perak buat petisyen di 6 Dun


 
IPOH, 8 Mei : Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA  Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.

Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.

Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.

Kerajaan BN Perak tidak kukuh

PAS Perak menyatakan bahawa majoriti rakyat Perak bersama Pakatan Rakyat biarpun gagal menawan kembali negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri berkata, BN Perak perlu mengakui  majoriti rakyat Perak masih lagi menyebelahi Pakatan Rakyat dengan undi popular mencecah 54 peratus berbanding BN yang hanya menerima 44 peratus dari jumlah undi sebanyak 1,160,292.

Menurut beliau, BN secara hakikatnya dalam keadaan sangat tidak seimbang setelah apabila rakyat secara majoriti telah memihak kepada Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan.
Malah katanya, PAS Perak masih dapat mengekalkan sokongan undi popular sebanyak 46 peratus yang diperolehinya dalam PRU 12 walaupun dengan peningkatan jumlah undi sebanyak 33 peratus di  kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PAS.

“Angka ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan BN pada hakikatnya bukanlah merupakan kemenangan mutlak dan rakyat pada keseluruhannya masih menyandarkan harapan serta sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Nuri menjelaskan, keputusan yang memihak BN kali ini dilihat masih meletakkan mereka dalam keadaan tidak stabil untuk memerintah negeri.

Jelas beliau, sebarang kemungkinan akan berlaku kepada pemerintahan yang penuh goyah itu.

Ustaz Nuri berkata, Perak bagaimanapun katanya mampu menerima kekalahan tersebut mengikut sistem yang terpakai yang penuh dengan kepincangan.

"Atas arahan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Titi Serong yang baharu, Haji Abu Bakar Hussien meminta agar seluruh pendokong PAS dan Pakatan Rakyat Perak khasnya agar bertenang dengan keputusan PRU13 kali ini.

"Diminta semua pendokong PAS dan pakatan rakyat menerima arahan daripada pimpinan dari masa kesemasa dengan suasana yang ada sekarang dan jangan bertindak di luar arahan pimpinan. Kita sebenarnya sudah menunjukkan kematangan kita berhadapan dengan keputusan yang telah dibuat pada PRU 13 kali ini," katanya.

Jesteru, katanya PAS Perak berharap agar semua meneruskan kerja-kerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat di Perak khasnya.

Pakatan Rakyat menang semua kerusi di Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 5 Mei : Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan semua kerusi di Parit Buntar. Dato Dr Mujahid Yusof Rawa PAS, berjaya mengekalkan kerusi Parlimen  dengan majoriti 8,476 undi mengalahkan Mua'amar Ghadafi yang mendapat 17539 undi . Beliau mendapat undi sebanyak 26, 015.

Manakala Ustaz Hj Abu Bakar Hussein PAS memenangi kerusi DUN Titi Serong dengan mendapat 12,839  majoriti  sebanyak 1794 mengalahkan Abu Bakar Mat Ali yang mendapat 11,045.

Abdul Yunus Jamhari  PKR pula mendapat undi sebanyak 12,336 dengan majoriti 5014 mempertahankan kerusinya mengalahkan Salleh Desa dari BN mendapat 7,332 undi.
 

Dewan Muslimat PAS Pusat

Dewan Ulamak PAS Pusat

Dewan Pemuda Pas Pusat

 
Ustaz Abu Bakar Hussain. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.