Iklan

Iklan

Gambar-gambar

Monday 20 May 2013

BN menang PRU-13 dengan cara kotor - TPJ Perak


IPOH, 9 Mei : Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyifatkan, kemenangan yang diperoleh oleh BN adalah dengan cara tidak sihat.
Menurutnya, BN khususnya Umno mengamalkan politik yang sangat jijik dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“PRU13 ini adalah pilihanraya paling kotor dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan ini sangat dikesali.

“Kita  kalah dengan cara fitnah, tohmah, rasuah, salah guna kuasa dan taktik kotor,” katanya.
Jelas beliau, rakyat disajikan dengan unsur rasuah termasuklah pemberian pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysua (BR1M) di saat hampir pilihanraya.

Pemberian disaat pilihanraya itu ternyata memberi kesan terutama golongan masyarakat kurang berkemampuan yang bergantung harap kepada kerajaan.

“BN terus mendidik rakyat untuk terus bergantung harap kepada kerajaan dan mendakwa hanya BN yang mampu membantu masyarakat,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan,BN juga telah menyebar pelbagai fitnah yang tidak bertanggungjawab khususnya berunsur perkauman dan sentimen agama.

Misbahul berkata, fitnah berkenaan kerjasama PAS dengan DAP sangat memberi kesan kepada masyarakat yang takut melakukan perubahan setelah dimomokkan dengan pelbagai persepsi dan andaian.

Rakyat katanya takut untuk mengundi Pakatan Rakyat apabila sentimen perkauman diwujudkan dengan mengatakan jika Pakatan Rakyat memerintah, kuasa melayu akan habis dan Cina akan berkuasa.

“Momokan seperti ini telah menyebabkan rakyat takut untuk membuat perubahan walaupun pada mulanya berhasrat berbuat demikian bagi mengubah tampuk pemerintahan.

“Taktik buruk sedemikian sangat memberi kesan apabila BN menggunakan pelbagai ruang yang ada termasuklah di media massa untuk mempengaruhi masyarakat,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Dewan Muslimat PAS Pusat

Dewan Ulamak PAS Pusat

Dewan Pemuda Pas Pusat

 
Ustaz Abu Bakar Hussain. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.