Iklan

Iklan

Gambar-gambar

Monday 20 May 2013

Azam Adun Titi Serong bela kebajikan rakyat

PARIT BUNTAR, 14 Mei : Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussien berazam akan menerapkan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatannya di Dun itu.

Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, beliau akan berkhidmat dengan adil tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti politik.

Jelas beliau, kebajikan rakyat akan dibela sedaya mungkin bagi memastikan tiada seorang pun yang terpinggir di Dun Titi Serong.

"Saya juga turut berazam untuk menerap sifat cintakan ilmu kebajikan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda di sana,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar menjelaskan, beliau juga akan memfokuskan kepada pembangunan sosial, modal insan dan keharmonian sepanjang perkhidmatannya.


Kata beliau, rakyat sangat dahagakan pentadbiran berteraskan Islam sebenar yang sebelum ini Umno gagal untuk berbuat sedemikian.

“Berkhidmat kepada masyarakat bukan hanya untuk bantuan kemudahan sahaja tetapi penerapan aspek rohati dan nilai Islam kepada masyarakat juga perlu dititikberatkan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau bernjanji akan memperjuangkan masalah-masalah rakyat dalam Sidang Dun 
Perak kelak antaranya pembinaan Hospital Daerah Kerian yang sehingga hari ini gagal dilaksanakan.

Kata beliau, janji tersebut menjadi satu ‘gula-gula’ kepada rakyat setempat disitu dan ditambah lagi dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji untuk menambah 150 katil lagi di hospital itu dalam aku janji tambahan BN.

Sedangkan kata beliau, hospital tersebut masih gagal disiapkan walaupun BN sudah berjanji sekian lama.

“Najib berjanji untuk menambah bilangan katil sedangkan dalam masa yang sama hospital tersebut masih belum siap.

“Saya berazam untuk membangkitkan isu ini sehingga ianya dapat diselesaikan demi memberi kemudahan kepada rakyat di Dun Titi Serong dan sekitarnya,” jelasnya lagi.
 

0 comments:

Post a Comment

Dewan Muslimat PAS Pusat

Dewan Ulamak PAS Pusat

Dewan Pemuda Pas Pusat

 
Ustaz Abu Bakar Hussain. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.