Iklan

Iklan

Gambar-gambar

Tuesday 13 March 2012

PAS Perak Pastikan Perak Kembali Kepada Pakatan Rakyat


IPOH 9 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan ikrar PAS Perak untuk memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

PAS Perak akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak, perkara ini sekaligus membuktikan kesediaan PAS Perak menggalas amanah dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini, jelas belau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu dalam ucapannya menegaskan kepada seluruh jentera PAS Perak agar melakukan persedian mental, fizikal dan rohani berdepan pembubaran pembubaran parlimen yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang

Memetik ucapan beliau,

“Kita kena yakin, kemenangan adalah kurnian Allah SWT, oleh itu hubungan kita dengan Allah SWT jangan sesekali retak, jangan sesekali putus”

“Namun apa yang lebih penting adalah tugas seluruh jentera PAS berdamping dengan setiap pengundi di semua peringkat”

“Seluruh jentera mestilah memberikan komitmen semaksima mungkin”

”PAS Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya”

“Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan PAS yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam, jelas beliau.

“Ayuh kita memberikan sumbangan, pengorbanan kepada perjuangan agama Allah ini untuk rakyat di negeri Perak ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Dewan Muslimat PAS Pusat

Dewan Ulamak PAS Pusat

Dewan Pemuda Pas Pusat

 
Ustaz Abu Bakar Hussain. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.